Friday, April 23, 2010

Ceramah dkt masjid dpn umahku

Tajuk: Generasi Baru dengan Al-Quran

Tertarik dgn topik yg diutarakan, sy disini ingin mengulas serba sedikit ttg tajuk di atas. Bagaimanakah kita nak laksanakan supaya generasi baru dekat dan beramal dgn Al-quran. Ibu-bapa memainkan peranan penting. Sejak kecil lagi anak perlu di didik sendiri oleh ibu-bapa mereka. X perlu mereka suruh cikgu atau Kelas Qiraati shj. Nk harap kan guru shj.. tp apa yang penting di sini ibu-bapa lah perlu memberikan contoh terbaik kpd anak. ini tidak, alasan ibu-bapa mereka pun tidak pandai mengaji. kenapa ibu-bapa x pergi menuntut ilmu supaya dpt mengajar anak2? apakah usia menghalang mereka. Tiada alasan walaupun berumur ilmu fardhu ain wajib di pelajari oleh ibu bapa utk memdidik anak mereka. Tetapi, apa yg lebih ditekankan ibu-bapa skrg adalah ilmu duniawi shj. sesetengah budak-budak bila di tanya nama Nabi bin Apa, mereka tergaru-garu kepala, siapa emak nabi mereka tidak tahu. nak buat mcm mane ibu- bapa sibuk dgn kerjaya dan x sempat mendidik anak sendiri.

Maaf lah sy ckp disini bukan utk menyinggung perasaan sesiapa, cuma mahu menegur segelintir ibu-bapa yang tidak mengajar anak mereka ilmu agama. Mereka akan mudah terdorong untuk membuat perkara yang x baik. Sedari kecil lg harus di didik sempurna, ni tidak umur 17 tahun br nak kecoh2 didik, minta air tawar situ-sini dgn usztaz mane nak menjadi. Oleh itu ibu bapa perlu mendidik anak mereka sedari kecil lagi mengenal Al-Quran. Membaca Al-quran sekurang-kurangnya 1 muka surat pun jadilah... Hati yang berkarat InsyaAllah dapat dihilangkan beransur-ansur dgn Al-Quran. Ni tidak, pagi2 melalak dgr radio, tu x termasuk rancangan di TV, semua itu melalaikan kita untuk berbuat ibadat.

Ni tidak, kadang2 tu ibu-bapa sanggup hantar anak pergi Qiraati untuk belajar Al-quran 4 kali ulang alik ke kelas, tetapi x mengajar mereka sendiri, kenapa? sbb x pandai. x boleh harap guru shj. Permulaan dari rumah lagi. Seperti juga solat, sebelum baligh lagi perlu di bimbing... sekurang-kurangnya mereka mengetahui asas-asas membaca al-quran.

Ibu-bapa yg hantar anak pergi Qiraati jgn pulak berpakaian x tutup aurat, rambut blonde mengalahkan artis, nanti anak2 keliru...dlm kelas belajar tutup aurat, tp ibu-bapa sendiri buat lain. yang mana satu betul entah.

No comments:

Post a Comment

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP